Kursus Biro Tatanegara: Memang begitulah…..

Tiada manfaat dan hanya dakyah untuk memesong pemikiran belia-belia semata-mata. Demikian kesimpulan yang dapat dirungkaikan mengenai kursus Biro Tata Negara (BTN).

Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, amat jelas program BTN merupakan alat UMNO dalam menyebarkan dakyah kepada belia-belia yang menyertainya.


"Ramai pemimpin dalam kerajaan negeri kini yang pernah menyertai malah mengendalikan BTN dan daripada maklum balasnya kita yakin tiada manfaat jelas program sebegitu," jelas Dr. Ahmad.


Disebabkan itu kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya menyertai kursus-kursus yang dianjurkan di bawah BTN.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa kerajaan Selangor berhak melarang penjawat awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) miliknya daripada mengikuti kursus BTN.


Beliau berkata kerajaan negeri itu boleh mengambil keputusan sedemikian jika merasakan kursus berkenaan adalah satu proses doktrinasi oleh BN hingga mencetuskan fenomena perkauman.


"Itu hak kerajaan negeri Selangor untuk tidak izinkan mereka dihantar menghadiri kursus BTN tetapi ada anggota Exco Selangor iaitu Datuk Dr Hasan Ali yang pernah menjadi Ketua Pengarah BTN, maka tidak timbul isu perkauman.


Okey Datuk Zahid, ini kenyataan bekas ketua pengarah BTN Dr. Hasan Ali:

“Kita mahu pelajar-pelajar Selangor seimbang pada masa yang sama mereka berjaya, cemerlang dalam lapangan pelajaran dan kita tidak mahu pelajar-pelajar ini dikotori pemikiran mereka dengan pemikiran-pemikiran yang berunsur politik kesukuan iaitu akan menjejaskan pembentukan minda mereka dan juga pembentukan peribadi sifat sahsiah mereka.”
Menyifatkan tindakan berkenaan sebagai wajar, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, kursus BTN banyak merosakkan pemikiran mereka sebagai pelajar.
Manakala Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyokong sepenuhnya tindakan barisan ADUN muda dari Pakatan Rakyat Selangor yang mengesa kerajaan negeri agar menghentikan penghantaran mahasiswa institut-institut pengajian tinggi milik kerajaan negeri mahupun anak-anak syarikatnya ke program anjuran biro tersebut.

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia,Lee Khai Loon, program BTN telah didapati penuh dengan propaganda politik UMNO-BN serta doktrinasi unsur perkauman yang sempit.


Berkaitan: Biro Tatanegara sarat propaganda perkauman

BTN: Halimah kata, Muhyuddin kata, aku kata….

2 comments:

ababina328 said...

Memang umno tak mahu mengaku, bahawa BTN memang di jadikan alat dasar pecah perintah yang di warisi dari penjajah inggeris dahulu.
Kini setelah heboh baru nak ubah modul, tapi masih nak berdolak dalih....kononnya perubahan tersebut memamg sudah di rancang ........sudahlah......boleh jalan lah....

Web Sutera said...

Assalamualaikum, Pak Aziz. Terima kasih atas kunjungan. Kata saya pula:

"Semasa di universiti di tahun-tahun 1990-an, saya tidak pernah menghadiri program anjuran Biro Tatanegara. Namun begitu, dakwaan bahawa biro ini digunakan sebagai medan bagi mendoktrinkan para pelajar dengan fahaman hagemoni UMNO/BN sudah lama kedengaran.


Malah ramai pelajar, saudara-mara, juga rakan-rakan yang menceritakan bahawa "Sepanjang program tersebut, apa yang ditekankan adalah Keadilan (PKR) ini, Anwar adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura dan PAS adalah parti ajaran sesat.”

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger