Pakatan Rakyat Selangor: Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat

Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor pada hari Ahad, 7 Mac 2010 akan datang. Konvensyen bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” akan berlangsung di Dewan Jubli, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai jam 8 pagi hingga ke 6 petang.

Konvensyen ini bersempena ulangtahun ke-2 Pakatan Rakyat mentadbir Selangor dan ia merupakan kesinambungan daripada Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat nasional pada 19 Disember tahun lalu untuk merangka strategi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Majlis ini menjangkakan kehadiran 1,500 perwakilan daripada akar umbi ketiga-tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) di seluruh Selangor.

Berkaitan:
Memperkukuh Pakatan Rakyat
Islam dan demokrasi

Jana Malaysia yang cintakan 5K – Lim Guan Eng
Kita harus insaf dan bersifat tawadhu – Anwar Ibrahim


0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger